MESEJ


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 12, 2010

MESYUARAT AGUNG MGKKT 2010

Perhatian kepada semua, bagi memudahkan perjalanan aktiviti MGKKT bagi tahun depan, Mesyuarat Agung MGKKT dan Majlis Apresiasi GBK Kota Tinggi dijangka diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 2 November 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi
Tempat : YPJ PALM CLUB RESORT (ladang ALAF)
Kehadiran : WAJIB bagi semua GBK Kota Tinggi

Walaupun pada kebiasaannya mesyuarat agung diadakan pada awal sesi lantikan, namun bagi meneruskan kecemerlangan MGKKT, pihak MGKKT dengan persetujuan PPDKT memutuskan untuk mengadakan pemilihan lebih awal. Mudah-mudahan AJK MGKKT sesi akan datang mampu untuk meneruskan kecemerlangan sedia ada.

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kita memikirkan calon-calon sesuai untuk memegang tampuk kepimpinan MGKKT bagi sesi akan datang.

Berikut adalah kerusi kosong yang boleh diisi dengan calon-calon berkredibiliti pilihan anda :


Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari Kehormat
Penolong Bendahari
AJK
Sebagai kenang-kenangan dan mengeratkan silaturrahim, semua ahli diharap dapat menyediakan hadiah pada anggaran harga RM30 untuk sesi pertukaran hadiah pada majlis ini nanti. Cabutan nama penerima hadiah anda akan dijalankan pada Seminar Pemantapan Kaunseling di INSTEDT pada 19 Oktober nanti.
Sekian, harap maklum...

No comments:

Post a Comment