MESEJ


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 22, 2012

MEREKAYASA UBK ; BENGKEL PEMBINAAN LAMAN BLOG


Menyahut seruan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang melancarkan Program Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di semua sekolah, maka MGBKKT juga telah menerima baik kempen ini.

Oleh itu, sebagai langkah permulaan, MGBKKT telah mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Blog UBK bagi setiap sekolah dalam Daerah Kota Tinggi. Program telah diadakan pada 21 April 2012 bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Makmal Komputer SMK Semenchu.

Bengkel disampaikan oleh En. Esham b. Abdul Hamid sebagai jurulatih utama dan dibantu oleh Cik Siti Khadijah bt Omar sebagai fasilitator.

Keterujaan Pn. Fahariza bt Mahadi setelah berjaya membuka akaun gmail.

Ketekunan peserta cuba mengikut langkah-langkah yang diajar.

Beberapa minit sebelum laptop En. Sallehin mengalami kerosakan...

Peserta perempuan antara yang menunjukkan kesungguhan yang tinggi.

Sebahagian daripada peserta lelaki.

Semoga bengkel ini dapat memberi impak positif terhadap penggunaan blog UBK di sekolah sebagai salah satu medium penyampaian maklumat kepada pelajar. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang telah diperoleh tidak terhenti setakat itu saja...





BENGKEL ANTI PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN

Pada 18 April lalu bertempat di SMK Laksamana, bengkel Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran telah dijalankan untuk disampaikan kepada semua GBK yang kemudiannya nanti diharap dapat menyebarluaskannya kepad apelajar-pelajar di sekolah masing-masing.

Bengkel dimulakan dengan penyampaian ceramah oleh En. Roslan b. Mohd Noh (Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid), Cik Siti Khadijah bt Omar dan Pn. Noraini bt Jamal.

Selepas itu, para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan diminta menyediakan pelan tindakan aktiviti d sekolah masing-masing. Program berakhir dengan acara pembentangan kumpulan dan penyampaian sijil.

Pengenalan oleh En. Roslan b. Mohd Noh

Akta dan Pencegahan oleh Pn. Noraini Bt Jamal

Sebahagian peserta yang mengikuti bengkel.

Perbincangan Kumpulan : 1

Perbincangan Kumpulan : 2

Perbincangan Kumpulan : 3

Tn. Hj Samsudin b. Ali, salah seorang pembentang pelan tindakan.

Semoga segala maklumat yang disampaikan dapat disebarluaskan pula di sekolah-sekolah demi mencegah peningkatan jenayah ini...







BENGKEL PROGRAM ANTI DADAH ; CURE & CARE

Bengkel pengenalan Program Care & Cure oleh Agensi Anti Dadah (AADK) Kota Tinggi telah diadakan di SMK Linggiu pada 17 April 2012 yang lalu. Program juga ditambah dengan Bengkel Inventory Refreshment yang telah disampaikan oleh En. Ibrahim b. Yaakub.

Sebahagian peserta tekun mendengar ceramah yang disampaikan.

Sebahagian peserta lelaki yang hadir.

Salah seorang pemenang acara Kuiz Spontan

Taklimat Pengurusan oleh En. Roslan b. Mohd Noh.

Ceramah oleh Kakitangan AADK

Semoga segala yang telah dikongsikan dalam bengkel ini akan memberi manfaat dan input berguna kepada semua pihak.



PROGRAM PERMATA HATI SIRI I 2012

Program Permata Hati yang bermula pada tahun lepas diteruskan lagi dengan dimulakan di SMK Semenchu pada 10 dan 11 April 2012. Menggunakan pendekatan yang sama iaitu Modul Pendidikan Islam dan Modul Bimbingan & Kaunseling, program yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. 

Team Permata Hati mengucapkan 'selamat datang dan selamat bekerjasama' buat 2 orang fasilitator baru iaitu Ustazah Hartika Ayu bt Mohd Anim (SMK Semenchu) dan Pn. Siti Nazra (GBK SMK Bandar Mas). Semoga program kali ini akan lebih mantap dan bermanfaat untuk semua pelajar dan dapat diperluaskan di sekolah-sekolah lain nanti.

Pengenalan oleh En. Ishak b. Kassim

Aktiviti Ice-Breaking

Aktiviti Kumpulan

Set 'The Star'

Ending...

Mudah-mudahan setiap yang dikongsikan bersama para peserta dapat memberi 'sesuatu' kepada mereka...



Thursday, October 27, 2011

TAKLIMAT MAKLUMAT DAN PENGHANTARAN PELAPORAN L4 DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2011

PERHATIAN KEPADA AHLI-AHLI MGKK KOTA TINGGI SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH ANDA BOLEH MENDOWNLOAD BAHAN UNTUK TAKLIMAT L4 YANG AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA DI BAWAH:

TARIKH: 31 OKTOBER 2011
TEMPAT: SMK SEMENCHU
MASA: JAM 2.00 PETANG

ANDA DIMINTA MENGISI BORANG L4 SECARA MANUAL DAHULU SEBELUM TAKLIMAT (gabungan maklumat GBK di sekolah anda) SAHAJA DAHULU.

LAIN-LAIN PERKARA AKAN DILAKSANAKAN SEMASA TAKLIMAT TERSEBUT.

SILA PASTIKAN ANDA MEMBAWA KOMPUTER RIBA KERANA PROGRAM INI HANYA SESUAI UNTUK 1 KOMPUTER SAHAJA BAGI 1 SEKOLAH.

sila klik butang download di bawah untuk bahan dalam versi winrar@zipfile



SEKIAN TERIMA KASIH DAN HARAP MAKLUM
.

Thursday, July 14, 2011

Wednesday, April 27, 2011

KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA MGKK 2011 (AKTIVITI JUMAAT: 29 APRIL 2011)


Program yang akan berjalan pada hari Jumaat 29 April 2011



Perhatian kepada semua kaunselor Daerah Kota Tinggi dan pihak-pihak IPTA/IPTS yang terlibat mengenai aktiviti yang akan dijalankan di bawah

kepada ahli-ahli sila berikan bantuan berikut
1. membawa banner kerjaya JPN Johor yang telah ditempah bagi pameran di booth MGKK

Flyer Terkini Bagi Kegunaan Rundingcara Kerjaya



Wednesday, April 20, 2011

PELAN KIPMART KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA 2011


PELAN KESELURUHAN KIPMART

PELAN RUANG AKTIVITI KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA
(KLIK GAMBAR UNTUK SAIS SEBENAR)

Tuesday, April 19, 2011

SENARAI HOTEL DAN PENGINAPAN

Hotel Seri Kota
47,48 & 49, Jalan Jaafar,
81900 Kota Tinggi Johor.
Tel : 07-883 8111

Nasha Hotel
No 40, Jalan Tambatan,
81910 Kota Tinggi.
Tel: 07-883 8000

Pilton Hotel
30-1 Tingkat 1, Jalan Mawai
81900 Kota Tinggi.
Tel : 07 - 883 7888

Hotel Mayres
8th Floor Menara Kota,
No. 29, Jalan Tun Habab
81900 Kota Tinggi
Tel : 07 - 883 9099

Hotel Rest Inn
No 1, 2, 3, 4
Jalan Abdullah
81900 Kota Tinggi
Tel : 07 - 882 7777

Grand Waterlilies Hotel
40-42, Jalan Niaga 2
81900 Kota Tinggi
Tel : 07-882 6788

Pemandangan Sekitar KIPMart Kota Tinggi









klik pada gambar untuk sais sebenar

Monday, April 18, 2011

BORANG SUMBANGAN TERKINI BAGI KARNIVAL KERJAYA 2011


DOWNLOAD DENGAN KLIK DI BAWAH

di sini

BORANG INI DISERTAKAN DENGAN SYARAT

SUMBANGAN RM250 - RM500
Pihak kami akan memasukkan nama syarikat/personal di dalam buku cenderamata perasmian dan banting pentas utama

SUMBANGAN RM500 DAN KE ATAS
Pihak kami akan menjemput untuk menghadiri Majlis Perasmian dan seterusnya menerima sijil dan plak daripada perasmi

Tarikh Tutup penajaan adalah pada 27 April 2011

Wednesday, October 27, 2010

TAKLIMAT DAN PENGHANTARAN PELAPORAN L4 DAERAH KOTA TINGGI

TAKLIMAT DAN PENGHANTARAN PELAPORAN L4 BAGI DAERAH KOTA TINGGI AKAN DIJALANKAN PADA MASA DAN TEMPAT SEPERTI BERIKUT

TARIKH : 28 OKTOBER 2010
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : SK TAMAN KOTA JAYA, KOTA TINGGI
SASARAN: GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH
GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH

P/S: SILA BAWA BORANG L4 (MANUAL) YANG TELAH DILENGKAPKAN BAGI MEMUDAHKAN PENGISIAN MELALUI SISTEM el4

SURAT AKAN DIKELUARKAN OLEH PPD KOTA TINGGI

SEKIAN HARAP MAKLUM

Monday, October 18, 2010

MAKLUMAT PELAPORAN L4 TAHUN 2010

Perhatian kepada semua Guru-Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Daerah Kota Tinggi,

Anda diminta untuk download button di bawah bagi mendapatkan bahan-bahan berikut sebelum perjumpaan dan taklimat pelaporan L4


sila klik button di atas untuk download

P/S: sila hubungi pengerusi untuk mendapatkan password

Tuesday, October 12, 2010

MESYUARAT AGUNG MGKKT 2010

Perhatian kepada semua, bagi memudahkan perjalanan aktiviti MGKKT bagi tahun depan, Mesyuarat Agung MGKKT dan Majlis Apresiasi GBK Kota Tinggi dijangka diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 2 November 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi
Tempat : YPJ PALM CLUB RESORT (ladang ALAF)
Kehadiran : WAJIB bagi semua GBK Kota Tinggi

Walaupun pada kebiasaannya mesyuarat agung diadakan pada awal sesi lantikan, namun bagi meneruskan kecemerlangan MGKKT, pihak MGKKT dengan persetujuan PPDKT memutuskan untuk mengadakan pemilihan lebih awal. Mudah-mudahan AJK MGKKT sesi akan datang mampu untuk meneruskan kecemerlangan sedia ada.

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kita memikirkan calon-calon sesuai untuk memegang tampuk kepimpinan MGKKT bagi sesi akan datang.

Berikut adalah kerusi kosong yang boleh diisi dengan calon-calon berkredibiliti pilihan anda :


Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari Kehormat
Penolong Bendahari
AJK
Sebagai kenang-kenangan dan mengeratkan silaturrahim, semua ahli diharap dapat menyediakan hadiah pada anggaran harga RM30 untuk sesi pertukaran hadiah pada majlis ini nanti. Cabutan nama penerima hadiah anda akan dijalankan pada Seminar Pemantapan Kaunseling di INSTEDT pada 19 Oktober nanti.
Sekian, harap maklum...

TAKLIMAT PELAPORAN L4 & L8 DI KLUANG

Perhatian kepada semua sahabat GBK, makluman daripada Majlis Guru Kaunseling Negeri Johor ialah satu Taklimat Pelaporan L4 & L8 serta Mesyuarat MGK Johor akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Oktober 2010
Hari : Isnin
Tempat : Kluang
Masa : 8.00 pagi

Penyertaan adalah melibatkan semua AJK MGKKT dan seorang lagi GBK dari setiap sekolah. Surat akan dihantar oleh PPD dalam waktu terdekat.

Berdasarkan perkara tersebut, dalam mesyuarat AJK MGKKT pada 12 Oktober lepas telah memutuskan untuk menyediakan pengangkutan sebuah bas bagi delegasi GBK Kota Tinggi. Bayaran dikenakan adalah sebanyak RM 10.00 seorang manakala baki kos pengangkutan akan ditanggung oleh MGKKT. Semoga perjalanan yang dirancang akan lebih selamat dan teratur.

Sekian, harap maklum...