MESEJ


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, October 27, 2010

TAKLIMAT DAN PENGHANTARAN PELAPORAN L4 DAERAH KOTA TINGGI

TAKLIMAT DAN PENGHANTARAN PELAPORAN L4 BAGI DAERAH KOTA TINGGI AKAN DIJALANKAN PADA MASA DAN TEMPAT SEPERTI BERIKUT

TARIKH : 28 OKTOBER 2010
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : SK TAMAN KOTA JAYA, KOTA TINGGI
SASARAN: GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH
GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH

P/S: SILA BAWA BORANG L4 (MANUAL) YANG TELAH DILENGKAPKAN BAGI MEMUDAHKAN PENGISIAN MELALUI SISTEM el4

SURAT AKAN DIKELUARKAN OLEH PPD KOTA TINGGI

SEKIAN HARAP MAKLUM

Monday, October 18, 2010

MAKLUMAT PELAPORAN L4 TAHUN 2010

Perhatian kepada semua Guru-Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Daerah Kota Tinggi,

Anda diminta untuk download button di bawah bagi mendapatkan bahan-bahan berikut sebelum perjumpaan dan taklimat pelaporan L4


sila klik button di atas untuk download

P/S: sila hubungi pengerusi untuk mendapatkan password

Tuesday, October 12, 2010

MESYUARAT AGUNG MGKKT 2010

Perhatian kepada semua, bagi memudahkan perjalanan aktiviti MGKKT bagi tahun depan, Mesyuarat Agung MGKKT dan Majlis Apresiasi GBK Kota Tinggi dijangka diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 2 November 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi
Tempat : YPJ PALM CLUB RESORT (ladang ALAF)
Kehadiran : WAJIB bagi semua GBK Kota Tinggi

Walaupun pada kebiasaannya mesyuarat agung diadakan pada awal sesi lantikan, namun bagi meneruskan kecemerlangan MGKKT, pihak MGKKT dengan persetujuan PPDKT memutuskan untuk mengadakan pemilihan lebih awal. Mudah-mudahan AJK MGKKT sesi akan datang mampu untuk meneruskan kecemerlangan sedia ada.

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kita memikirkan calon-calon sesuai untuk memegang tampuk kepimpinan MGKKT bagi sesi akan datang.

Berikut adalah kerusi kosong yang boleh diisi dengan calon-calon berkredibiliti pilihan anda :


Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari Kehormat
Penolong Bendahari
AJK
Sebagai kenang-kenangan dan mengeratkan silaturrahim, semua ahli diharap dapat menyediakan hadiah pada anggaran harga RM30 untuk sesi pertukaran hadiah pada majlis ini nanti. Cabutan nama penerima hadiah anda akan dijalankan pada Seminar Pemantapan Kaunseling di INSTEDT pada 19 Oktober nanti.
Sekian, harap maklum...

TAKLIMAT PELAPORAN L4 & L8 DI KLUANG

Perhatian kepada semua sahabat GBK, makluman daripada Majlis Guru Kaunseling Negeri Johor ialah satu Taklimat Pelaporan L4 & L8 serta Mesyuarat MGK Johor akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Oktober 2010
Hari : Isnin
Tempat : Kluang
Masa : 8.00 pagi

Penyertaan adalah melibatkan semua AJK MGKKT dan seorang lagi GBK dari setiap sekolah. Surat akan dihantar oleh PPD dalam waktu terdekat.

Berdasarkan perkara tersebut, dalam mesyuarat AJK MGKKT pada 12 Oktober lepas telah memutuskan untuk menyediakan pengangkutan sebuah bas bagi delegasi GBK Kota Tinggi. Bayaran dikenakan adalah sebanyak RM 10.00 seorang manakala baki kos pengangkutan akan ditanggung oleh MGKKT. Semoga perjalanan yang dirancang akan lebih selamat dan teratur.

Sekian, harap maklum...

MESYUARAT AGUNG MGKK NEGERI JOHOR 2010

Perhatian kepada semua anggota/ahli GBK Daerah Kota Tinggi,

berikut adalah Minit dan notis dan lain-lain bagi;

NOTIS MESYUARAT AGUNG 2010 MGKK
..........(DOWNLOAD)

Sila download untuk keperluan Mesyuarat Agung MGKK Negeri Johor