MESEJ


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 22, 2012

MEREKAYASA UBK ; BENGKEL PEMBINAAN LAMAN BLOG


Menyahut seruan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang melancarkan Program Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di semua sekolah, maka MGBKKT juga telah menerima baik kempen ini.

Oleh itu, sebagai langkah permulaan, MGBKKT telah mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Blog UBK bagi setiap sekolah dalam Daerah Kota Tinggi. Program telah diadakan pada 21 April 2012 bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Makmal Komputer SMK Semenchu.

Bengkel disampaikan oleh En. Esham b. Abdul Hamid sebagai jurulatih utama dan dibantu oleh Cik Siti Khadijah bt Omar sebagai fasilitator.

Keterujaan Pn. Fahariza bt Mahadi setelah berjaya membuka akaun gmail.

Ketekunan peserta cuba mengikut langkah-langkah yang diajar.

Beberapa minit sebelum laptop En. Sallehin mengalami kerosakan...

Peserta perempuan antara yang menunjukkan kesungguhan yang tinggi.

Sebahagian daripada peserta lelaki.

Semoga bengkel ini dapat memberi impak positif terhadap penggunaan blog UBK di sekolah sebagai salah satu medium penyampaian maklumat kepada pelajar. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang telah diperoleh tidak terhenti setakat itu saja...





BENGKEL ANTI PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN

Pada 18 April lalu bertempat di SMK Laksamana, bengkel Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran telah dijalankan untuk disampaikan kepada semua GBK yang kemudiannya nanti diharap dapat menyebarluaskannya kepad apelajar-pelajar di sekolah masing-masing.

Bengkel dimulakan dengan penyampaian ceramah oleh En. Roslan b. Mohd Noh (Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid), Cik Siti Khadijah bt Omar dan Pn. Noraini bt Jamal.

Selepas itu, para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan diminta menyediakan pelan tindakan aktiviti d sekolah masing-masing. Program berakhir dengan acara pembentangan kumpulan dan penyampaian sijil.

Pengenalan oleh En. Roslan b. Mohd Noh

Akta dan Pencegahan oleh Pn. Noraini Bt Jamal

Sebahagian peserta yang mengikuti bengkel.

Perbincangan Kumpulan : 1

Perbincangan Kumpulan : 2

Perbincangan Kumpulan : 3

Tn. Hj Samsudin b. Ali, salah seorang pembentang pelan tindakan.

Semoga segala maklumat yang disampaikan dapat disebarluaskan pula di sekolah-sekolah demi mencegah peningkatan jenayah ini...







BENGKEL PROGRAM ANTI DADAH ; CURE & CARE

Bengkel pengenalan Program Care & Cure oleh Agensi Anti Dadah (AADK) Kota Tinggi telah diadakan di SMK Linggiu pada 17 April 2012 yang lalu. Program juga ditambah dengan Bengkel Inventory Refreshment yang telah disampaikan oleh En. Ibrahim b. Yaakub.

Sebahagian peserta tekun mendengar ceramah yang disampaikan.

Sebahagian peserta lelaki yang hadir.

Salah seorang pemenang acara Kuiz Spontan

Taklimat Pengurusan oleh En. Roslan b. Mohd Noh.

Ceramah oleh Kakitangan AADK

Semoga segala yang telah dikongsikan dalam bengkel ini akan memberi manfaat dan input berguna kepada semua pihak.



PROGRAM PERMATA HATI SIRI I 2012

Program Permata Hati yang bermula pada tahun lepas diteruskan lagi dengan dimulakan di SMK Semenchu pada 10 dan 11 April 2012. Menggunakan pendekatan yang sama iaitu Modul Pendidikan Islam dan Modul Bimbingan & Kaunseling, program yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. 

Team Permata Hati mengucapkan 'selamat datang dan selamat bekerjasama' buat 2 orang fasilitator baru iaitu Ustazah Hartika Ayu bt Mohd Anim (SMK Semenchu) dan Pn. Siti Nazra (GBK SMK Bandar Mas). Semoga program kali ini akan lebih mantap dan bermanfaat untuk semua pelajar dan dapat diperluaskan di sekolah-sekolah lain nanti.

Pengenalan oleh En. Ishak b. Kassim

Aktiviti Ice-Breaking

Aktiviti Kumpulan

Set 'The Star'

Ending...

Mudah-mudahan setiap yang dikongsikan bersama para peserta dapat memberi 'sesuatu' kepada mereka...